Friday, October 31, 2008

WAJAH CANTIK DENGAN BUAH-BUAHAN

TIMUN
Untuk menghaluskan dan memutihkan kulit wajah. Mula-mula kisar
setengah biji timun hingga hancur. Kemudian campurkan dua sudu
besar susu segar hangat(tanpa gula). Sapukan rata pada wajah
sebelum tidur dan lakukan setiap malam. Ini dapat mengeringkan
jerawat-jerawat yang baru sahaja tumbuh.

TOMATO
Berupaya melembutkan kulit wajahmu. Kamu hanya perlu sebijik
tomato yang telah dihancurkan. Kemudian, campur dengan dua
sudu besar teh air limau nipis dan dua sudu besar teh glycerinn.
Sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama 20 minit. Lakukan
ini seminggu sekali.

KULIT LIMAU NIPIS
Membantu mencerahkan kulit yang kusam akibat parut jerawat.
Caranya mudah, rendam semalaman kulit limau nipis yang telah
dilubang-lubangkan dengan garfu di dalam suam. Basuh muka kamu
dengan air tersebut kemudian keringkan dengan tuala lembut. Kulit
limau nipis juga berfungsi juga untuk membuang kotoran dan sel-sel
kulit mati yang menebal di wajahmu itu.

BETIK
Baik untuk mermajakan kulit. Mula-mula, hancurkan sebijik betik
yang sudah masak lalu campurkan satu sudu besar teh madu.
Sapukan pada wajah selama 20 minit. Betik mengandungi estrogen
yang mampu meremajakan kulit wajah serta mencegah cela pada wajah.

TEMBIKAI
Memberikan kesan dingin dan segar pada kulit yang terbakar akibat
cahaya matahari. Mula-mula, hiris buah tembikai halus-halus dan
tekapkan pada wajah selama 20 minit. Kemudian bersih dan bilas
sehingga bersih. Tembikai mengandungi sejenis zat yang berkhasiat
sebagai toner untuk wajah yang berjerawat serta mampu mendinginkan
wajah yang terbakar akibat matahari.

No comments: